TARMIZI AHMAD
TARMIZI AHMAD

Tarmizi Ahmad, 39, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat daripada pertubuhan bukan kerajaaan (NGO) Pelindung Rimba yang turut melakukan operasi bersama pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta polis.

Ketua JBPM Zon 3, Shahrul Nizam Nasir berkata, mangsa ditemukan pada pukul 4 petang kira-kira lima kilometer dari kawasan dia dilaporkan hilang.

“Ketika ditemukan, mangsa dalam keadaan lemah tetapi selamat dan tidak mengalami kecederaan serius.

“Buat sementara waktu, mangsa dirawat di lokasi kejadian sebelum dijadual dibawa ke hospital esok,” katanya di sini hari ini.

Mangsa yang hilang sejak 11 Ogos lalu memasuki hutan berkenaan bersama tujuh rakannya bagi melakukan kerja pemasangan kamera program ‘1st National Tiger Survey’.

Semasa dalam perjalanan pulang ke kem utama, mangsa yang berpecah dan berjalan bersama seorang rakannya melalui jalan sungai sambil memasang kamera dilaporkan hilang. - UTUSAN ONLINE