Ang Yu Hing
Ang Yu Hing 

Pengarah (Hubungan Antarabangsa) Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka), Ang Yu Hing berkata, hal demikian kerana sejak dilaksanakan, sebanyak 840,000 PATI tampil menyerah diri secara sukarela menerusi program berkenaan.

“Sepanjang tempoh program itu dilaksanakan, kerajaan turut berjaya mengutip kira-kira RM400 juta dalam bentuk kompaun.

“Jadi, program itu wajar diteruskan kerana ia menjimatkan kos kerajaan kerana tidak perlu menangkap dan menempatkan PATI di depoh tahanan serta perlu menanggung makan, minum dan kos perubatan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Yu Hing berkata, program terbabit mampu menyelesaikan isu lambakan PATI secara baik dan menempatkan semula pekerja serta mudah bagi memastikan majikan mengambil pekerja asing secara sah.

“Program itu juga mampu mencegah awal dan mengekang aktiviti penyeludupan migran yang memberi keuntungan kepada pihak tidak bertanggungjawab.

“Masalah ini dilihat penting kerana sikap segelintir majikan yang mengambil kesempatan menggajikan PATI dengan upah murah dan mengabaikan kebajikan pekerja,” katanya. - UTUSAN ONLINE