Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak memandang ringan kejadian itu dan meminta supaya polis mengambil tindakan sewajarnya.

"Tiada sebab mengapa parti atau pekerja parti bersikap biadab atau angkuh untuk mengambil alih kuasa dan kerja polis. 

"Jika benar ini berlaku, saya akan menyokong segala tindakan tegas oleh polis kerana parti ini adalah parti yang menghormati prinsip undang-undang," katanya selepas merasmikan Pejabat PKR negeri di Jalan Beserah di sini hari ini.

Semalam, sekumpulan penyokong parti politik menahan kereta peronda polis yang dinaiki dua anggota di hadapan pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua di Rantau, Negeri Sembilan.

Mereka dipercayai bertindak demikian kerana mengesyaki kereta polis itu membawa kertas undi ke pusat pengundian. - UTUSAN ONLINE