Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, baginda mencadangkan nama tersebut sesuai dengan keperibadian Sultan Ahmad Shah yang disifatkan sebagai ‘ulat buku’.

“Saya ingin berkongsi bahawa ayahanda gemar membaca buku dan jika saya menghadap di bilik peraduan baginda, saya perlu melalui kiri dan kanan pelbagai jenis bahan bacaan.

“Minat Sultan membaca buku sewaktu berehat dan terdapat pelbagai koleksi peribadi membuatkan baginda sangat berpengetahuan luas dengan ilmu dan fakta menarik,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berangkat mencemar duli merasmikan Perpustakaan Awam negeri di sini hari ini.

Berangkat sama Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. - UTUSAN ONLINE