Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, penetapan kadar zakat fitrah itu mengambil kira harga beras semasa.

“Muip melantik seramai 896 amil yang akan bertanggungjawab melaksanakan urusan tersebut sepanjang bulan Ramadan ini.

“Umat Islam di negeri ini dinasihatkan supaya memastikan mereka membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Muip,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE