Rata-rata penduduk di sini yang ditemui Utusan Malaysia berkat a, apa yang dilakukan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah dekat di hati mereka.

Ketua Peneroka Wilayah Mempaga, Mansor Hashim berkata, masyarakat peneroka di 14 tanah rancangan di daerah ini sudah masak dengan sikap pemimpin pembangkang yang akan membanjiri kawasan tanah rancangan Felda setiap kali menjelang pilihan raya umum.

Katanya, masyarakat peneroka yang mendapat pelbagai pembe­laan dan bantuan daripada kerajaan tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji kosong pembangkang.

“Apabila dekat pilihan raya barulah mereka datang ke sini dan memasang bendera sedangkan Ismail Sabri tidak jemu-jemu turun padang membantu kami.

“Kami tidak mudah terpe­ngaruh dengan janji kosong dibawa mereka yang hanya ingin mendapat kuasa dan tidak ikhlas dalam perjuangan,” katanya di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Batin Bera, Norya Abas berkata, Orang Asli di daerah ini mendapat pembelaan dan bantuan berterusan daripada kerajaan BN.

Katanya, pembangunan in­fra­struktur berterusan yang dinikmati dan pelbagai bantuan lain termasuk dalam pendidikan telah mengubah nasib Orang Asli di sini.

“Meskipun pembangkang cuba masuk dan berkempen di kampung-kampung Orang Asli, saya yakin ia tidak dapat mengubah sokongan kuat masyarakat Orang Asli kepada BN.

“Tidak ada pemimpin lain yang banyak membantu kami di sini selain Ismail Sabri yang komited memberi perhatian kepada Orang Asli,” katanya.

Dalam pada itu, Gian Giok Chin, 69, berkata, masyarakat Cina sedar bahawa hanya BN yang mampu membantu mereka di daerah ini berbanding dengan pemimpin pembangkang yang jarang kelihatan turun padang.

Di bawah kepemimpinan Ismail Sabri, katanya, masyarakat Cina tidak pernah diabaikan dan mereka turut mendapat nikmat pembangunan negara.