NUR AFENDI DAUD
NUR AFENDI DAUD 

Rata-rata yang ditemui me­ngakui terhimpit kerana bukan sahaja menumpang teduh di rumah ibu bapa tetapi terpaksa menagih belas mereka untuk menyara keluarga dengan hasil kelapa sawit yang tidak seberapa.

Generasi kedua Felda Sungai Koyan, Nur Afendi Daud, 54, berkata, masalah ekonomi menjadi perkara utama meresahkan mereka pada masa ini yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Dengan keadaan harga kela­pa sawit yang rendah, katanya, mereka yang mengharapkan ihsan ibu bapa begitu tertekan ditambah dengan keadaan harga barang semakin naik.

“Pada masa ini generasi ke­dua hanya bergantung kepada ibu bapa kerana kami tidak mempunyai pendapatan tetap. Masalah utama kami di sini adalah dari aspek ekonomi yang tidak mendapat pembelaan.

“Kami berharap pihak terbabit akan memberikan perhatian kepada kami dan mengatasi

N. RAMESH KUMAR
N. RAMESH KUMAR 

masalah yang dihadapi ketika,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, seorang lagi generasi baharu Felda Sungai Koyan 2, N. Ramesh Kumar, 50, berkata, ketiadaan peluang pe­kerjaan di kawasan ini menyukarkan kehidupan mereka.

Justeru dia berharap kerajaan memberi jaminan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan termasuk dengan pembinaan lebih banyak kilang dan industri.

“Kita tidak mahu hanya diberi gula-gula, kita hendak yang ‘solid’ bagi menjamin generasi kedua, generasi ketiga dan seterusnya,” ujarnya.