Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Lapan langkah proaktif pulihkan Cameron Highlands

Mesyuarat pemulihan Cameron
AHMAD Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) Tindakan Pemulihan Cameron Highlands di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands ini. - UTUSAN ONLINE

CAMERON HIGHLANDS 19 Mei - Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) Tindakan Pemulihan Cameron Highlands kali kedua yang dipengerusikan bersama oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini memutuskan lapan langkah proaktif.

Ahmad Zahid berkata, langkah itu antara lain memberi peranan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai agensi peneraju dalam melakukan pemantauan untuk kerajaan negeri selain Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Cameron Highlands serta agensi-agensi yang terlibat.

Beliau berkata, pemantauan akan dilakukan secara berkala bagi menentukan tiada pencerobohan haram dilakukan sehingga mengakibatkan hakisan yang membawa kepada banjir luar biasa serta kemusnahan alam sekitar.

Selain itu katanya, mesyuarat juga telah memutuskan supaya PDT membuat semakan dan penilaian semula terhadap lebih 600 permohonan lesen pendudukan sementara (LPS) yang telah ditolak di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pahang dengan mengambil kira pertimbangan ekonomi dan kemanusiaan.

“Kita juga memutuskan Jabatan Imigresen untuk mengeluarkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan E-Kad kepada semua pekerja di Cameron Highlands dan melakukan usaha untuk mengesahkan mereka sebagai pekerja.

“Jika terdapat pekerja yang tidak mempunyai dokumen, Jabatan Imigresen dan majikan akan mendapatkannya daripada pihak kedutaan atau pejabat pesuruhjaya dari negara asal mereka.

“Langkah ini bagi membantu majikan dan kita akan tetapkan tempoh tertentu. Namun, kita harapkan majikan akan lebih bertanggungjawab serta tidak menidakkan usaha dilakukan oleh kerajaan bagi memberikan permit kepada mereka yang tamat tempoh dan tidak disahkan keberadaannya,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain