Operasi yang melibatkan 33 anggota termasuk daripada ca­wangan Temerloh dan Bentong itu memberi tumpuan antaranya kepada pasar raya, kedai runcit, kedai pakaian dan restoran di 11 lokasi ditetapkan.

Pengarah Perkeso negeri, Abu [email protected] Masri Ahmad berkata, pihaknya masih me­ngenakan budi bicara termasuk menasihatkan majikan yang ingkar agar segera membuat caruman termasuk mengenakan kompaun antara RM500 hingga RM4,000.

“Di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), jika sabit kesalahan majikan boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 dan dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

“Operasi kali ini selain Akta 4, kita juga melihat sama ada majikan melaksanakan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) yang bermula 1 Januari lalu,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Op Kesan di Kompleks Teruntum, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Op Kesan Bersepadu dan Penye­rahan Jalur Gemilang peringat negeri di Wisma Perkeso di sini.

Menurut Abu Hurairah, beliau gusar masih ramai majikan yang bukan sahaja gagal mencarum malah tidak mendaftarkan perniagaan yang dijalankan dengan Perkeso.

“Apa yang lebih mengejutkan adalah ketika operasi dijalankan, terdapat juga peniaga yang tidak mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia,” ujarnya.

Tambahnya, Perkeso akan meneruskan operasi seperti ini ke beberapa daerah lain di negeri ini seperti di Bentong dan Temerloh masing-masing pada 27 dan 28 Ogos ini.