Baginda menzahirkan perasan bangga kerana program berkenaan berjaya melakar sejarah dengan mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) berikutan penyertaan terbanyak iaitu seramai 5,707 bagi Jelajah Masjid Berbasikal.

"Saya harap program jelajah masjid ini diteruskan dan kempen solat Subuh berjemaah dijadikan budaya dan amalan dalam kalangan umat Islam terutama pemimpin setempat.

"Usaha mengimarahkan masjid seharusnya menjadi tanggungjawab semua pihak agar matlamat dan objektif penubuhannya tercapai," titah baginda ketika merasmikan program tersebut.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad; Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Dr. Yusri Mohamad dan Pengarah Politeknik Muadzam Shah, Dr. Shamsuri Abdullah. - UTUSAN ONLINE