Pengarah program, Siti Aisyah Dermawanshah berkata, bertemakan ‘Recalling Memories’, Expoconvo kali ini menyajikan pelbagai aktiviti menarik di samping mengajak alumni kembali ke kampus untuk bersama-sama memeriahkan pesta itu.

“Penganjuran kali ini turut melibatkan aktiviti bagi kanak-kanak seperti Kid Zone, Pertan­dingan Hiasan Kek, Jom Makan Buah, UMP Got Talent serta pertandingan masakan yang mana sasaran utama daripada masyarakat setempat.

“Melalui Expocnvo, orang ramai dapat mengenali UMP dengan lebih dekat dan merasai pengalaman kampus. Ia juga merupakan satu medium promosi yangberkesan dalam memasyarakatkan universiti dengan komuniti sekitar,” katanya di sini semalam.

Menurut Siti Aisyah, bagi menarik minat pelajar untuk turut serta di samping memperkasakan inisiatif Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matemik (STEM), pertunjukan bagi pemenang Pahang Hackacton 2018 disediakan untuk tontonan awam.

Katanya, turut berlangsung jualan amal pakaian, tudung, aksesori wanita dan lain-lain hasil sumbangan orang ramai untuk menanamkan semangat membantu insan lain.

“Sebanyak 63 buah gerai peniaga termasuk Food Truck disediakan sebagai kemudahan bagi memeriahkan pesta konvokesyen.

Pengunjung yang ingin mendapatkan maklumat berhubung rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) boleh hadir di samping agensi-agensi kerajaan di bawah seliaan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan,” ujarnya.