TENGKU ABDULLAH SULTAN AHMAD SHAH
TENGKU ABDULLAH SULTAN AHMAD SHAH

Baginda bertitah, tinjauan menyeluruh itu melibatkan pelbagai pihak termasuk orang Islam, bukan Islam, sektor korporat dan pendidikan.

“Saya perlu masa sedikit untuk membuat tinjauan dan pendirian.

“Saya tidak boleh komen saya boleh bersetuju atau tidak ketika ini,” titah baginda selepas berkenan menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan Kerabat-kerabat Negeri Pahang Ke-22 di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec) di sini hari ini.

Baginda mengulas tentang cadangan mengubah cuti hujung minggu kepada Jumaat dan Sabtu di negeri ini yang hangat dibahaskan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

Cadangan daripada Pesuruhjaya Pas negeri, Rosli Abdul Jabar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur itu mendapat bantahan beberapa ADUN lain. - UTUSAN ONLINE