Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, keluarga kanak-kanak berusia 13 tahun berkenaan terpaksa mendapatkan bantuan pasukan bomba dan penyelamat bagi mengeluarkan tangannya.

Jurucakap pasukan bomba dan penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 4.29 petang ini.

“Apabila tiba di lokasi, anggota mendapati benar berlaku tangan mangsa tersepit di celah batu ketika mencari ikan.

“Anggota menggunakan Power Unit, Spreader dan Ram bagi mengeluarkan tangan mangsa dengan selamat,” katanya di sini hari ini.

Menurutya, mangsa kemudian dibawa ke hospital berdekatan dengan kenderaan sendiri. - UTUSAN ONLINE