Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Hasadid A. Hamid berkata, antara kawasan yang dinaiki air ialah di Balai Polis Ringlet dan Kampung Baharu Ringlet

Menurutnya, sebanyak 11 buah rumah di Kampung Baharu Ringlet terjejas akibat banjir kilat melibatkan 32 penghuni, lapan orang di Balai Polis Ringlet dan 24 orang awam.

"Hujan lebat mulai pukul 5 petang menyebabkan air Sungai Ringlet melimpah sehingga ke kawasan tepi tebing sungai.

"Banjir kilat berlaku dalam tempoh 30 minit mulai pukul 5.30 petang. Tiada kerosakan terhadap Balai Polis Ringlet akibat kejadian tersebut," katanya.

Menurutnya, kesemua mangsa yang terlibat sedang membersihkan lumpur yang memasuki kawasan rumah.

Katanya,  terdapat juga mangsa banjir yang menumpang di rumah jiran dan juga keluarga terdekat.

"Hujan mulai reda bermula pada pukul 6.30 petang dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Setakat ini tiada pusat pemindahan dibuka," katanya. - UTUSAN ONLINE