Pengarah APM negeri, Zainal Yusoff berkata, kebanyakan kes yang direkodkan dalam operasi kali ketujuh itu melibatkan kerosakan kenderaan termasuk tayar.

“Operasi ini dijalankan dua hari sebelum dan selepas Aidilfitri yang mana anggota APM setiap daerah melakukan rondaan secara syif di jalan raya utama.

“Berdasarkan kesan positif dan maklum balas diterima, kita meneruskan operasi ini tahun depan,” katanya pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri APM Bentong, di sini baru-baru ini.

Yang hadir sama Menteri Pe­ngangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua APM Bentong, Zulkhairi Adek Awang.

Pada majlis itu, APM turut me­nyampaikan anugerah penghargaan kepada petugas media yang membantu membuat laporan tentang aktiviti APM sepanjang tahun lalu.

Menurut Zainal, Op Bantu kali ini menyaksikan kes kerosakan kenderaan termasuk tayar pancit dan kehabisan minyak merekodkan jumlah tertinggi.

Selain itu, katanya, terdapat juga kes pokok tumbang yang memerlukan tindakan segera APM bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

“Kita memberikan bantuan secara percuma bagi membantu orang ramai termasuk membantu membeli minyak petrol dan me­nukar tayar kenderaan yang pancit,” ujarnya.