Kunjungan ke Taman Negara Sungai Relau dan Kampung Merapoh berkonsepkan konservasi alam sekitar bertujuan menjana pengetahuan dan pengalaman mereka berhubung hutan tropika serta budaya tempatan di negara ini.

Berasaskan konsep itu, belia negara Kangaroo tersebut turut bersama penduduk di situ me­ngadakan gotong-royong mem­bersihkan dan menceriakan kawasan pintu masuk pusat pelancongan Taman Negara Sungai Relau.

Program selama empat minggu itu merupakan anjuran Fuze Ecoteer, sebuah pertubuhan world

M. SYUKRI JALI
M. SYUKRI JALI 

challenge di Australia dengan kerjasama pengusaha pelancongan Kampung Merapoh, SGI Outdoor Travel.

Antara aktiviti lain ketika berkampung di situ iaitu perkhemahan, pengembaraan hutan, mengenali flora dan fauna di Taman Negara Sungai Relau dan menyantuni pelajar sekolah menengah serta murid sekolah kebangsaan di Merapoh menerusi program pendidikan.

Belia Australia berkenaan juga meluangkan masa bersama penduduk Orang Asli etnik Bateq di Kampung Teluk Gunung dengan mengadakan aktiviti motivasi pendidikan, membaik pulih pusat pem­belajaran dan perlawanan persahabatan bola sepak.

Belia dari Sydney, Australia, Jessica De Neef, 24, berkata, pemilihan Taman Negara Sungai Relau dan Kampung Merapoh kerana lokasi itu mempunyai ele­men konservasi serta rekreasi di hutan tropika dan gua batu kapur serta legitimasi budaya penduduk tempatan.

“Saya gembira dapat men­dekati penduduk termasuk pelajar dan meningkatkan ke­sedaran berhubung pendidikan global untuk mengubah pembangunan setempat tetapi mengekalkan warisan alam sekitar dan kehidupan.

“Kami juga menggunakan ruang kunjungan di sini dengan mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan persekitaran di pintu masuk Taman Negara bagi menitip nilai kesedaran penjagaan alam sekitar di sesebuah pusat peranginan khususnya di negara yang maju,” katanya kepada Utusan Malaysia dalam program gotong-royong di Sungai Relau, Merapoh baru-baru ini.

Rakannya, Taylah Ryan, 23, berkata, peristiwa yang tidak dapat dilupakan iaitu menerima undangan program Malay Dinner di rumah seorang penduduk Melayu apabila pertama kali menikmati juadah masak asam tempoyak ikan air tawar dan ulam-ulaman.

“Saya teruja dan kekok apabila disuruh oleh tuan rumah memakai kain batik. Kami begitu seronok dengan pengalaman manis ini dan tidak akan lupa apabila pulang nanti,” katanya.

Ryan berkata, setelah mengalami sendiri layanan di situ, nyata memberi persepsi sebenar bahawa orang Melayu sememangnya ramah dan begitu menghormati tetamu.

Sementara itu, Pengurus SGI Outdoor Travel, M. Syukri Jali berkata, kunjungan belia Australia itu mampu memberi impak kepada imej Taman Negara Sungai Relau dan Gua Batu Kapur Merapoh sebagai destinasi yang semakin dikenali di pe­ringkat antarabangsa.

“Sebelum ini, pelancong dan peminat sukan ekstrem mendaki dan eksplorasi gua dari England, Amerika Syarikat, Taiwan, Belanda dan negara lain di Asia kerap berkunjung ke sini,” katanya.