Ketua cawangannya, Mohd. Faizol Salleh berkata, lelaki berusia 39 tahun itu didapati melakukan kesalahan kerana cuba menyeludup 25 tong diesel tanpa permit dan surat kebenaran daripada kementerian berkenaan.

Dalam serbuan pukul 11.45 malam itu katanya, penguat kuasa mendapati minyak ber­kenaan diisikan dalam 25 tong yang kesemuanya berjumlah 500 liter bernilai lebih RM1,000.

“Semua 25 tong diesel dile­takkan dalam sebuah kende­raan pacuan empat roda tanpa sebarang permit di sebuah ste­sen minyak di Kuala Lipis.

“Lelaki terbabit gagal mengemukakan sebarang surat permit pembelian diesel yang diisi di dalam 25 tong berjumlah 500 liter sekali gus telah melakukan kesalahan,” katanya di sini kelmarin.

Menurut Mohd. Faizol, berikutan tangkapan itu, pihaknya menyita sebuah kenderaan pacuan empat roda yang digunakan untuk membawa diesel berkenaan.

Katanya, anggota penguat kuasa sudah memantau aktivi­ti dan pergerakan lelaki tersebut selama lebih dua minggu yang mengambil kesempatan menggunakan minyak bersubsidi kerajaan.