Majlis yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Jaya di sini semalam itu turut dihadiri Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Datuk Wan Salman Wan Ismail dan Pengarah SPRM negeri, Datuk Alias Salim.

Pegawai Pendidikan Daerah, Ahmad Nahran Ishak berkata, pihaknya menzahirkan soko­ngan dalam usaha mencegah salah guna kuasa dan jenayah rasuah dengan menandatangani IBR.

“Lafaz ikrar dan tandatangan IBR ini membuktikan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Maran tidak berkompromi dengan elemen tidak berintegriti oleh warga pendidik yang menjadi model insan berkualiti.

“PPD Maran komited dalam memerangi rasuah di semua peringkat kerana implikasinya boleh meruntuhkan tamadun bangsa dan negara yang pesat membangun,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.