Beliau merupakan seorang daripada sembilan penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri pada istiadat yang disempurnakan oleh Pengerusi Jumaah Pemangku Raja Pahang, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Penerima SSAP lain pada istiadat kali ini ialah Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad; Penasihat Media Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional, Datuk Ibrahim Abdul Rahman; Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Zakaria Ahmad dan bekas Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir. Ismail Md. Salleh.

Yang turut menerima SSAP ialah Peguambela dan Peguamcara, Datuk Abdul Halim Yahya; Pengerusi Eastern Executive Sdn. Bhd., Datuk Maharudin Hassan; Pengarah Safemine Minerals Sdn. Bhd. (Malaysia), Datuk Marcus Lee Andrew dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Second Beauty Secret Sdn. Bhd., Tan Ooi Han.

Sementara itu, empat penerima dianugerahkan Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk Indera, lima penerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) dan 17 penerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) dengan kedua-duanya membawa gelaran Datuk.

Penerima SIMP ialah Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Nor Akhirrudin Mahmud diikuti Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan, Datuk Mohd. Noor Isa; Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam negeri, Datuk Mohamad Ridzwan Mohd. Tahar dan Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri, Datuk Ir. Abdul Jalil Mohamed.

Bagi penerima DSAP pula ialah dua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang iaitu Datuk Abd. Aziz Mat Kiram dan Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd. Ariff selain Pengarah Yap Teiong Choon Holdings Sdn. Bhd., Datin Sri Phan Foo Beam; Pengarah Pendidikan negeri, Dr. Tajuddin Mohd. Yunus dan Pengarah Urusan Sung Heng Hamper, Koh Yee Keng.

Antara penerima DIMP ialah Pengarah NZS Ventures, Datin Sri Nurzarina Sepran; Duta Besar Malaysia Ke Lubnan, Mohd. Aznor Mahat; Ketua Pegawai Pelaburan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Dr. Suzana Idayu Wati Osman; Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Azahari Othman; Komander Pangkalan Udara Kuantan, Brigedier Jeneral Wan Amin Hafiz Wan Mahmud dan Komandan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Shamsudin Mat.

Selain itu, Pengarah Urusan Singpoli Asia Sdn. Bhd., Nellsen Phillipe Young; Pengarah Eksekutif HCM Engineering Sdn. Bhd., Mohd. Taufik Haron; Ketua Pegawai Eksekutif Pavillion REIT Management Sdn. Bhd., Ho Yew Hong; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Badminton Persatuan Badminton Malaysia, David Wee Toh Kiong; Ahli Lembaga Pengarah Al-Ikhsan Sports, Ikbal Salam dan Pengarah Urusan Milestone Production Sdn. Bhd., Grace Lee Yan Yan.

Dalam pada itu, seramai lima individu menerima pingat Setia Ahmad Shah (SAP), 11 penerima Setia Mahkota Pahang (SMP), lapan penerima Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), 25 penerima Ahli Mahkota Pahang (AMP), 16 penerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), 12 penerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dan 34 penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK). - UTUSAN ONLINE