Menteri Besar, Aminuddin Ha­­run berkata, pelantikan tersebut bagi menggantikan YDP MPS Datuk Halim Abdul Latif yang juga merupakan YDP Majlis Perbandaran Nilai.

“Lantikan tersebut berkuat kuasa pada 1 Ogos dan majlis penyerahan watikah pelantikan akan diadakan di Wisma Negeri.

“Zazali juga akan memangku jawatan YDP MPN sehingga kerajaan negeri melantik individu lain untuk jawatan tersebut dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di sini.

Pada majlis tersebut, seramai 186 individu dilantik sebagai ahli majlis PBT di lapan daerah berkuat kuasa serta-merta.

Aminuddin berkata, setiap dae­rah mempunyai 24 ahli majlis yang dilantik merangkumi ahli politik dan badan bukan kerajaan.

“Ada lagi enam kekosongan dan kerajaan negeri masih dalam proses mengenal pasti beberapa individu untuk mengisi kekosongan itu selain turut melantik orang kurang upaya (OKU), Wong Soo Pin sebagai ahli majlis di Se-remban bagi memberi fokus kepada isu-isu berkaitan golongan berkenaan.

“Ini adalah kali pertama kerajaan negeri melantik golongan OKU dalam usaha memperkasa golo­ngan itu seiring pembangunan nege­ri yang semakin pesat,” katanya.