Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

USIM terima 2,192 pelajar baharu

HASAN SALAM AMANAT
MOHAMAD HASAN (tengah) bersalaman dengan pelajar selepas Majlis Amanat dan Lafaz Ikrar Pelajar Baharu Sarjana Muda USIM di Dewan Tuanku Canselor, Seremban hari ini. - UTUSAN ONLINE/ASWAD YAHYA

SEREMBAN 7 Sept. - Seramai 2,192 pelajar baharu mendaftar bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana Muda di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi sesi akademik 2017/2018.

Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Musa Ahmad berkata, sebanyak 70 peratus daripada jumlah itu melibatkan pelajar perempuan manakala 30 peratus pelajar lelaki. 


Menurut beliau, pelajar berkenaan mengikuti pengajian di sembilan fakulti antaranya Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Fakulti Perubatan dan Sains serta Fakulti Pergigian. 


“USIM yang merupakan universiti awam ke-12 ditubuhkan berperanan dalam melahirkan pelajar-pelajar Islam sebagai profesional masa depan dan mempunyai penghayatan ilmu Islam. 


“Saya juga menyeru pelajar supaya memanfaatkan masa mereka sepanjang berada di universiti ini dengan menimba pengalaman serta ilmu di luar bilik kuliah, “ katanya ketika berucap dalam Majlis Amanat dan Lafaz Ikrar Pelajar Baharu Sarjana Muda USIM di Dewan Tuanku Canselor di sini hari ini. 


Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Menteri Mentor universiti itu. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain