Dalam satu kenyataan, universiti itu memberitahu, pemergian beliau bukan sahaja memberi kesedihan dan kedukaan kepada keluarga terdekat tetapi amat dirasai oleh rakyat Malaysia dan dunia akademik universiti.

“Sebagai tokoh sejarah yang dihormati, sumbangan besarnya dalam pembinaan negara bangsa, mengukuhkan penghayatan sejarah di pelbagai peringkat pendidikan, tegas dalam menyampaikan pandangan malah ikhlas memberikan teguran tanpa berpihak telah menjadikan beliau disegani dan dihormati.

“Khoo Kay Kim adalah permata gemilang dalam dunia akademik universiti, kesarjanaannya diiktiraf tinggi dan kehilangannya sukar dicari ganti. Ini adalah kehilangan yang besar kepada negara,” kata kenyataan itu di sini. - UTUSAN ONLINE