Beliau menyertai Undang Luak Sungai Ujong, Dato’ Klana Petra Datuk Mubarak Dohak; Undang Luak Johol, Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Datuk Muhammed Abdullah dan Undang Luak Rembau, Dato’ Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah berkenan berangkat merasmikan istiadat tersebut. Baginda diiringi oleh Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Maarof diumumkan sebagai Undang Luak Jelebu ke-16 dalam satu istiadat pada 26 Jun 2018 bagi menggantikan Undang Luak Jelebu ke-15, Datuk Musa Abdul Wahab yang meninggal dunia pada 11 September 2014. - UTUSAN ONLINE