Tunku Zain dikurniakan Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang (SSTM) daripada ayahandanya, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Selain itu, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Dr. Awaludin Said dan Aktivis Keamanan Dunia, Datuk Dr. Ronald Mc Coy dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS), yang membawa gelaran Datuk Seri.

Hakim Mahkamah Tinggi Seremban, Abu Bakar Jais pula merupakan antara tujuh penerima Darjah Datuk Paduka Negeri Sembilan (DPNS) yang membawa gelaran Datuk. - UTUSAN ONLINE