Beliau berkata projek pembinaan bangunan baharu Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan itu dijangka dilaksanakan pada tahun depan.

Mohamad Rafie Ab Malek.
Mohamad Rafie Ab Malek. 

"Kementerian Pendidikan telah meluluskan projek itu dalam 'Rolling Plan' (RP) 1 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM50 juta dan pelaksanaannya akan diteruskan dalam RP4 tahun 2019 oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Bangunan baharu Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan akan didirikan di tapak tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di Lavender Height, Senawang di kawasan seluas 2.8 hektar (7 ekar)," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.


Beliau berkata reka bentuk bangunan berkenaan akan diuruskan JKR dan projek akan bermula sebaik sahaja proses reka bentuk selesai dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan.


"Bangunan baharu itu diperlukan memandangkan bangunan sedia ada yang menempatkan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan didapati tidak sesuai lagi*sempit dan tidak kondusif," katanya. - BERNAMA