Ketua jabatan itu, Zainal Ab. Rahman berkata, perkongsian pe­ngetahuan berkenaan merupakan antara program tanggungjawab sosial (CSR) institut tersebut terhadap masyarakat setempat.

“Program Jelajah Celik IT merupakan usahasama jabatan ini dengan Perpustakaan Desa Zon Port Dickson dengan konsep penjelajahan warga politeknik ke setiap perpustakaan desa.

“Mereka akan berkongsi cara penggunaan Microsoft PowerPoint secara interaktif yang dilihat mampu menarik minat murid sekolah terutamanya dalam membuat pembentangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perasmian Jelajah Celik IT oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang, Datuk Tun Hairuddin Abu Bakar di sini.

Yang turut hadir Pengarah Politeknik Port Dickson, Roslee Yahya.

Menurut Zainal, penganjuran program berkenaan dapat memberi peluang kepada pensyarah dan pelajar untuk menyumba­ng kepada masyarakat luar ber­kaitan kemahiran penggunaan aplikasi komputer.

Zainal berkata, kumpulan sasaran bagi program berkenaan adalah murid tahun tiga hingga enam sekolah di dalam kawasan Port Dickson.

“Sebanyak lima perpustakaan desa yang terlibat antaranya di Pasir Panjang, Pengkalan Durian, Sungai Raya dan Desa Chuah. Jelajah yang bermula sejak bulan lalu dan berakhir pada 26 Ogos ini di Perpustakaan Desa Pengkalan Durian,” katanya.