Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pasar Besar Seremban dibaik pulih dan dinaik taraf

NS
MOHAMAD Hasan (empat dari kiri) bergambar bersama penduduk selepas beliau merasmikan Pusat Komuniti Taman Marida, Seremban hari ini. - UTUSAN ONLINE/ASWAD YAHYA

SEREMBAN 11 Sept. - Kerja membaik pulih dan menaik taraf tingkat atas bangunan Pasar Besar Seremban di Jalan Tun Dr. Ismail dekat sini yang rosak akibat kebakaran Sabtu lalu dijangka dilakukan secara serentak.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sebelum ini, tingkat bawah bangunan itu telah pun dinaik taraf dengan kos sebanyak RM7 juta pada tahun 2009.

Beliau berkata, kerja menaik taraf itu akan menyaksikan jumlah lot gerai dikurangkan berbanding kira-kira 90 lot ketika ini.

"Saya telah meminta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS) memohon peruntukan segera daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk membaik pulih dan menaik taraf pasar ini.

"Bagaimanapun, kita belum dapat membuat anggaran kos itu memandangkan bahagian yang terjejas akibat kebakaran ditutup selama dua minggu oleh pihak bomba yang sedang melakukan siasatan mencari punca kebakaran," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Komuniti Taman Marida, Senawang di sini hari ini.

Menurutnya, sementara kerja tersebut dijalankan, MPS akan mendirikan khemah sementara di bahagian luar pasar tersebut untuk menempatkan penjaja yang terjejas.

Jelasnya, para penjaja di tingkat bawah telah beroperasi seperti biasa walaupun tanpa bekalan elektrik ketika ini dan orang ramai boleh mendapatkan barangan keperluan seperti ayam, ikan, daging dan sayur seperti biasa.

Pada majlis hari ini, Mohamad merasmikan bangunan pusat komuniti itu seluas 278 meter persegi dengan kemudahan dewan yang mampu memuatkan sehingga 130 orang dan bilik mesyuarat untuk 25 orang.

Bangunan itu dibina oleh Majlis Perbandaran Nilai dengan kos RM250,000. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain