Menu istimewa sempena Ramadan berasaskan masakan Melayu itu sesuai dinikmati oleh semua golongan masyarakat, sekali gus membangkitkan kemeriahan suasana bulan puasa.

SEBAHAGIAN daripada makanan yang ditawarkan untuk berbuka puasa di Reef Cafe di Hotel D'Wharf, Port Dickson. - UTUSAN ONLINE/AIDA FAIZLEN IBRAHIM

Menurut Ketua Cef Reef Cafe, Cef Lai Wen Lun, antara hidangan yang mesti dinikmati pengunjung ialah sup kambing berempah dan kaki kambing bakar.

“Jarang sekali kita dengar menu ini di mana-mana terutama kaki kambing bakar.

“Ia menu wajib setiap kali tibanya Ramadan dan mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pelanggan-pelanggan kami,” katanya di sini baru-baru ini.

Selain itu, katanya, terdapat pelbagai jenis masakan warisan Melayu dan variasi kuih-muih tradisi seperti kuih bakar, puteri mandi, wajik, kuih koci, kuih talam dan lain-lain lagi.

Bufet Ramadan ini ditawarkan pada harga RM48 untuk dewasa dan RM25 bagi kanak-kanak juga warga emas.

PENCUCI mulut untuk dinikmati pelanggan di Hotel D'Wharf di Port Dickson. - UTUSAN ONLINE/AIDA FAIZLEN IBRAHIM

Orang ramai yang berminat untuk berbuka puasa di kafe tersebut boleh menghubungi talian 06-6461888 sambungan 6 atau WhatsApp 017-2960197/011-1187 2783. - UTUSAN ONLINE