AMINUDDIN HARUN
AMINUDDIN HARUN 

Beliau berkata, jawapan bertulisnya berkaitan isu halal dan kebersihan ayam segar di pasar raya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini telah diberi tafsiran tidak tepat oleh pihak media.

Tambahnya, komen-komen warga maya kemudian menggambarkan beliau seperti menggalakkan penjualan ayam tidak halal.

“Ingin saya jelaskan bahawa dasar pensijilan halal bersifat terbuka dan sukarela, sekali gus pengusaha pasar raya bebas mendapatkan bekalan ayam mentah dari rumah sembelihan yang mempunyai sijil halal atau tidak.

“Ayam yang dalam pembungkusan boleh dikenalpasti status halal melalui logo halal yang tertera dan boleh disemak kesahihannya dalam direktori www.halal.gov.my.

“Bagi yang tiada, maka status halalnya adalah di luar pengetahuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat itu menjelaskan bahawa, jawapannya itu hanyalah berhubung dasar pensijilan halal dan kaedah penjualan ayam di pasar raya.

“Malah jawapan saya juga menasihatkan pengguna membeli ayam yang dibungkus oleh pembekal yang telah mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia,” katanya. - UTUSAN ONLINE