Mengulas kenyataan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa projek itu akan dimulakan pembinaannya tahun ini, beliau berkata, perkara itu mungkin telah dibawa ke peringkat pejabat daerah.

“Saya belum dapat maklumat apa-apa, jadi saya akan jawab pada masa akan datang.

“Mungkin di peringkat pejabat daerah tapi belum dibawa kepada kerajaan negeri,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Anwar yang juga Presiden PKR baru-baru ini memberitahu, rancangan membina Hotel Hard Rock di Batu 7, Telok Kemang, Port Dickson akan diteruskan tetapi perlu mematuhi semua garis panduan yang ditetapkan.

Katanya, perbincangan dengan pengusaha projek sedang dijalankan dan beliau menjangka tiada sebarang masalah untuk projek itu dibawa kepada kerajaan negeri. - UTUSAN ONLINE