Matrix dalam satu kenyataan media berkata, pengunjung program itu bakal disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk sesi beramah mesra bersama maskot animasi tempatan.

“Minangkabau Raya akan berlangsung pada 8 dan 9 Jun 2019 di d’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan bermula pukul 3 petang hingga 10 malam.

“Dua maskot animasi tempatan itu cukup terkenal dalam kalangan kanak-kanak iaitu Boboiboy pada 8 Jun dan Didi & Friends pada 9 Jun 2019,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, aktiviti lain termasuk persembahan Tarian Piring dan Gendang Tambua Tansa, caklempong dan bengkel mencanting batik.

Turut diadakan permainan congkak, pameran fesyen kucing, zoo mini dan peluang menaiki kereta lembu.

Sementara itu, Matrix hari ini menganjurkan majlis Berbuka Puasa bersama media dan menyampaikan sumbangan kepada 95 pelajar Pertubuhan Darul Asnaf serta Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih di Negeri Sembilan di d’Tempat Country Club.

Syarikat itu turut menyampaikan sumbangan kepada enam keluarga yang terdiri daripada ibu tunggal dan golongan asnaf. - UTUSAN ONLINE