Pengarah KPDNKK negeri, Ain Arjuna Aziz Zaman berkata, notis yang dikeluarkan dari Januari hingga bulan ini bagi meminta peniaga mengemukakan maklumat dan rekod urusan perniagaan di bawah Seksyen 21 akta berkenaan.

Beliau memberitahu, daripada jumlah tersebut sebanyak 16 notis adalah melibatkan peniaga ayam dan kambing.

“Ini tindakan penguatkuasaan yang diambil ekoran berlaku trend kenaikan harga ayam dan kambing setiap kali musim perayaan sebelum harga Skim Kawalan Harga Musim Perayaan diumumkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Datuk Abu Ubaidah Redza di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ain Arjuna berkata, peniaga yang gagal mematuhi notis yang dikeluarkan menyebabkan mereka melakukan kesalahan di bawah Seksyen 21(5) dan boleh dikenakan penalti di bawah Seksyen 57 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. - UTUSAN ONLINE