Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, Muhammad Fawwaz Adli Mohd. Bukhari cedera di bahagian kepala.

Bapa mangsa, Mohd. Bukhari Zainal Annuar berkata, beliau dan ahli keluarga yang lain tidak tahu bagaimana mangsa boleh dihempap peti sejuk tersebut.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 11 malam tetapi kami tak tahu macam mana ia terjadi.

“Dia bukannya dihempap oleh keseluruhan peti sejuk. Mungkin (kepalanya) terkena bucu peti ais itu,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Kejadian itu tular sejak malam tadi selepas Mohd. Bukhari yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda Parti Amanah Negara Negeri Sembilan berkongsi insiden itu dalam laman Facebook miliknya dan memohon orang ramai mendoakan anak sulungnya itu.

Katanya, doktor memaklumkan berlaku pendarahan di bahagian kepala anaknya yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja’afar di sini. - UTUSAN ONLINE