Pengarah Maritim Malaysia Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Amran Daud berkata, kedua-dua bot itu ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi di kedudukan 0.3 batu nautika barat laut pantai berkenaan.

“Penahanan dua bot penumpang tersebut dilakukan oleh anggota yang membuat rondaan di sekitar perairan Negeri Sembilan dalam satu rutin operasi harian.

“Ketika pemeriksaan dilakukan terhadap kedua-dua bot itu mendapati dua tekong dan seorang pembantu bot warga tempatan membawa bot gentian kaca menjalankan operasi membawa penumpang secara berlebihan. Dokumen pengesahan daripada Jabatan Laut Malaysia juga meragukan.

“Kedua-dua tekong serta dua bot itu ditahan dan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

BOT ditahan di Telok Kemang

BOT yang ditahan kerana membawa penumpang berlebihan di Pantai Telok Kemang, Port Dickson semalam. - UTUSAN ONLINE

Amran berkata, pada bulan ini pihaknya membuat tiga tangkapan termasuk melibatkan sebuah bot penumpang pada 3 Mei atas pelbagai kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Beliau menasihatkan para pengusaha bot penumpang tidak mementingkan keuntungan semata-mata dan mengabaikan aspek keselamatan ketika membawa pelancong bagi mengelak sebarang kemalangan. - UTUSAN ONLINE