Menurut seorang jemaah, Muhammad Hanafi Parmen, 33, kehadiran burung itu disedari mereka sejak solat Subuh lagi.

“Semasa hendak menunaikan solat pagi tadi ada jemaah yang ternampak burung itu di bahagian atas di dalam masjid.

“Kami tidak mengambil apa-apa tindakan kerana memikirkan mungkin burung itu singgah sekejap untuk berteduh sebelum meninggalkan kawasan ini,” katanya di sini malam ini.

Bagaimanapun, katanya, sehingga waktu solat Isyak malam tadi, burung itu masih lagi berada di tempat yang sama.

Katanya, ekoran bimbang burung itu sakit mereka mengambil keputusan untuk menghubungi pihak bomba bagi menyelamatkan burung tersebut.

 

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Zakaria Ramli berkata, sebaik menerima panggilan pihaknya terus bergegas ke lokasi dan memulakan operasi menyelamat pada pukul 9.20 malam.

BEBERAPA anggota bomba menyelamatkan seekor burung hantu yang dipercayai terperangkap di dalam Masjid Kariah Taman Anggerik di Kuala Pilah malam tadi. - UTUSAN ONLINE

“Dengan kekuatan seramai enam anggota dan sebuah jentera, kami berjaya menyelesaikan operasi dalam masa 45 minit dengan menangkap dan membawa turun burung hantu berkenaan,” katanya. - UTUSAN ONLINE