Mereka berkumpul di situ dengan lori masing-masing yang sarat dengan muatan BTB.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong, Mustapha Nagoor berkata, kumpulan itu mendakwa pengurusan kilang tidak peduli dengan aduan yang dibuat dengan membiarkan mereka menunggu sehingga lima jam untuk proses jual beli sawit.

DERETAN lori diletakkan di pekarangan kilang sawit Palong Timur selepas pemandu lori buah tandan saw

DERETAN lori diletakkan di pekarangan kilang sawit Palong Timur selepas pemandu lori buah tandan sawit bersih melancarkan mogok semalam. - UTUSAN ONLINE

Katanya, situasi itu mengakibatkan kelewatan mengangkut BTB dari ladang peneroka Felda hingga melebihi masa antara 24 jam hingga 48 jam, mengakibatkan para peneroka mengalami kerugian besar.

“Lambakan buah sawit di ladang menjadi banyak dan jika lambat di hantar ke kilang, ia akan menjejaskan kualiti buah.

DERETAN lori diletakkan di pekarangan kilang sawit Palong Timur selepas pemandu lori buah tandan saw

DERETAN lori diletakkan di pekarangan kilang sawit Palong Timur selepas pemandu lori buah tandan sawit bersih melancarkan mogok semalam. - UTUSAN ONLINE

“Isu ini telah berlarutan hampir satu bulan dan masalah ini telah dimaklumkan kepada pengurusan kilang tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil.

“Oleh itu, semua pemandu lori telah bersepakat untuk menjalankan mogok sebagai tanda protes kepada pengurusan kilang,” katanya di sini hari ini.

Untuk rekod, Kilang Sawit Palong Timur yang terletak dalam daerah Segamat, Johor menerima BTB dari kawasan tanah rancangan Felda Palong 1 hingga 6, di sini, melibatkan kira-kira 3,000 peneroka.

Kilang tersebut milik Felda Palm Industries Sdn. Bhd. yang kuasai oleh Felda Global Ventures (FGV).

Berikutan tindakan mogok itu, Mustapha bersama wakil pengusaha lori dan peneroka telah menemui Pengurus kilang itu, Aman Harun, semalam.

Beliau memberitahu, dalam pertemuan itu, pengurus berkenaan telah bersetuju mengambil beberapa tindakan bagi mengatasi kelewatan itu daripada berlarutan.

“Antaranya, urusniaga dimulakan lebih awal mulai pukul 7 pagi dan ia akan dilaksanakan sehingga pukul 8 malam selama tiga hari berturut-turut mulai hari ini.

“Kelulusan juga diberikan untuk menghantar ke kilang luar sebanyak 1,500 mertik tan,” ujarnya.

Tambahnya, pengurusan kilang juga berjanji untuk menambah kakitangan dan jentera bagi meningkatkan kecekapan.

Ini merupakan kejadian kedua melibatkan kilang milik FGV selepas kilang di Serting di sini turut mengalami masalah lambakan kelapa sawit menyebabkan pemandu lori terpaksa menunggu sehingga lima jam minggu lalu. - UTUSAN ONLINE