Murid sekolah berusia antara tujuh hingga 12 tahun itu menerima pakaian sekolah, beg, alat tulis, stoking dan kasut sekolah.

Mereka dipilih dari seluruh kawasan dalam Parlimen Tampin.

Sumbangan itu telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Tampin, Datuk Dr. Hasan Bahrom.

Yang turut hadir, Pengurus Besar Jabatan Pembangunan Grid TNB, Azren Othman.

Hasan berkata, kerajaan mengalu-alukan sumbangan seperti itu bagi meringankan beban para ibu bapa dalam persediaan untuk sesi persekolahan baharu tidak lama lagi.

“Sumbangan seperti ini adalah sebahagian daripada usaha mengagihkan semula hasil yang diperoleh seperti syarikat TNB kembali kepada masyarakat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah,” katanya.

Para penerima sumbangan hari ini adalah sebahagian daripada kira-kira 5,000 murid yang telah dikenal pasti di seluruh negara untuk menerima bantuan itu.

Sejak diperkenalkan pada 2013, lebih 25,000 murid sudah mendapat manfaat program berkenaan yang merupakan satu daripada pelbagai inisiatif tanggung jawab sosial korporat (CSR) TNB dalam bidang pendidikan. - UTUSAN ONLINE