Program yang diadakan di Masjid Nurul Iman di sini dirasmikan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ia merupakan sebahagian daripada lawatan kerja beliau untuk bertemu peneroka dan memberi penerangan tentang Kertas Putih pemulihan Felda yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 April lalu.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin; Pengarah Besar Felda, Datuk Dr. Othman Omar dan Ketua Peneroka Felda Wilayah Raja Alias, Karip Mohd. Salleh.

Felda Wilayah Raja Alias merupakan kawasan Felda terbesar dengan mempunyai 46 tanah rancangan dan kira-kira 16,000 penduduk. - UTUSAN ONLINE