Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Datuk Abu Ubaidah Mohd. Redza menjelaskan dalam tempoh yang sama, pihak-nya turut mengesan 41 kes melibatkan Akta Timbang dan Sukat 1972 di negeri ini.

“Ini berdasarkan hasil pemeriksaan yang kita lakukan melibatkan 59,000 premis di seluruh negeri ini dengan 37,000 premis di bandar manakala selebihnya di kawasan luar bandar dalam usaha kita mengesan kesalahan yang dilakukan oleh peniaga.

“Kita akan melakukan pemantauan dan pemeriksaan secara berterusan bagi memastikan peniaga yang tidak beretika ini dikenakan tindakan sewajarnya berlandaskan undang-undang sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Bazar Ramadan di Ampangan di sini semalam dan yang turut hadir Pengarah PPDNKK negeri Mohd. Salleh Ma’amor.

Sementara itu ditanya mengenai kes melibatkan harga mahal di Bazar Ramadan, Abu Ubaidah memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenainya namun beliau meminta kerjasama orang ramai untuk membuat aduan sekiranya berlaku.

Malah katanya, pihak PPDNKK telah meletakkan beberapa anggota dan pegawai penguat kuasa bagi memantau harga barangan agar tindakan serta merta dapat diambil.

“Bukan setakat Bazar Ramadan, tetapi kita juga akan periksa gerai di ‘uptown’ untuk memantau harga barangan yang dilakukan secara harian sejak hari pertama Ramadan.

“Pada masa yang sama kita juga akan libatkan pihak Jabatan Kesihatan negeri untuk memantau keadaan gerai Bazar Ramdan seluruh negeri ini bagi memastikan ia bersih dan hidangan yang dijual itu juga selamat untuk dimakan,” katanya.