Menurut Siew Fook, sumbangan itu bagi meringankan beban para penjaja itu sementara menunggu pusat penjaja itu dinaik taraf oleh Majlis Perbandaran Seremban.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, pusat penjaja itu telah ditutup sejak tiga minggu lalu bagi membolehkan kerja naik taraf dilaksanakan yang dijangka siap akhir Julai ini.

“Kerja naik taraf ini menelan belanja kira-kira RM500,000.

“Sumbangan hari ini bertujuan meringankan beban para penjaja ini yang hilang punca pendapatan sehingga pusat penjaja ini dibuka semula kelak,” katanya selepas menyampaikan bantuan itu di sini hari ini.

Pusat penjaja itu sudah berusia 20 tahun dan banyak kemudahan di situ telah mengalami kerosakan yang memerlukan pembaikan dan naik taraf. - UTUSAN ONLINE