Mereka menerima cek antara RM400 hingga RM1,200 seorang yang disampaikan oleh Tunku Mohamed Alauddin Ibni Tunku Naquiyuddin dan Tunku Khairul Zaim Ibni Tunku Naquiyuddin pada majlis yang berlangsung di Galeri Diraja Tuanku Ja'afar di sini.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Ja'afar selaku Pengerusi TJET dan YTN. Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar negeri Ismail Ahmad.


Setiausaha TJET dan YTN Mustaffa Shariff berkata, dermasiswa itu bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa yang berpendapatan bawah RM1,500 sebulan dari seluruh negeri ini manakala bantuan kebajikan am diberikan kepada rakyat Malaysia yang menghidap penyakit yang teruk dan kronik yang memerlukan bantuan kewangan.

Katanya sumbangan TJET dan YTN, yang ditubuhkan pada1995, bagi tahun ini iberjumlah RM150,000. - BERNAMA