Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, RM650 juta disumbangkan melalui dana kewangan kerajaan negeri dan selebihnya merupakan peruntukan daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG).

Menurutnya, inisiatif berkenaan merupakan salah satu usaha kerajaan negeri meningkatkan aspek kebajikan terhadap rakyat yang memerlukan khususnya warga emas.

“Peruntukan tahunan ini akan diagihkan kepada pejabat-pejabat daerah sebelum disalurkan kepada dewan undangan negeri (DUN) dalam daerah masing-masing.

“Sumbangan ini akan diselaraskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri, Ginie Lim Siew Lin dan akan diserahkan terus kepada penerima yang layak,” katanya dalam sidang akhbar Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Seri Negeri, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE