Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tun Mohd. Khalil sampaikan syarahan Kesultanan Melaka

Khalil Yaakob

ALOR GAJAH 13 Sept. - Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob hari ini menyampaikan syarahan berhubung sejarah Kesultanan Melayu Melaka sebagai antara syarat memperolehi ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) di Kuala Sungai Baru, dekat sini.

Syarahan bertajuk 'Kesultanan Melaka dalam sejarah dan warisan Malaysia moden: Interpretasi Sosio-Politik' itu dihadiri oleh 300 pelajar, penyarah serta kakitangan KUIM.
      
Menerusi syarahan itu, Mohd. Khalil mengupas mengenai fakta-fakta baru zaman Kesultanan Melaka yang muncul dalam kajiannya.

Beliau turut memberi amanat kepada generasi muda agar mereka terus mempertahankan sejarah peradaban Melayu agar ia tidak hilang ditelan masa.

Turut hadir pada program itu, Naib Canselor KUIM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Taib Dora.

Mohd. Khalil bakal menerima Ijazah PhD dalam bidang Sejarah daripada KUIM yang dijadualkan Oktober depan.

Penganugerahan itu sekali gus menjadikan beliau sebagai penerima pertama PhD apabila KUIM bakal dinaiktaraf kepada Universiti Islam Melaka (UIM) tidak lama lagi. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain