Sebanyak RM18,000 telah diperuntukkan oleh Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) kepada RAYSAS untuk sumbangan perayaan Aidilfitri pada tahun ini yang telah disampaikan oleh baginda.

YIDE dalam satu kenyataan memberitahu, mereka komited setiap tahun menyampaikan sumbangan ke RAYSAS dan ini merupakan tahun keempat, manakala sebelum ini adalah di bawah tanggungjawab Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

“YIDE memperuntukkn hampir RM1.2 juta setiap tahun bagi menjayakan program bersama anak-anak yatim yang melibatkan seluruh daerah negeri di Selangor dan RAYSAS,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Yang turut hadir dalam program hari ini ialah Pengerusi MAIM, Datuk Mohammed Khusrin Munawi. - UTUSAN ONLINE