Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 itu bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysiaku Bersih’ memilih Melaka berikutan Banda Hilir pernah menjadi lokasi pengisytiharan kemerdekaan negara pada 20 Februari 1956.

ANTARA pengunjung yang hadir dan acara persembahan sempena majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Ki

ANTARA pengunjung yang hadir dan acara persembahan sempena majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 di Dataran Pahlawan, Banda Hilir di Melaka, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE/AZLI AHAD

Dataran Pahlawan yang dikenali Padang Banda Hilir merupakan tempat bersejarah iaitu lokasi sambutan kepulangan rombongan kemerdekaan dari London diketuai Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bagi mengumumkan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Dr. Mahathir sebelum itu tiba pada pukul 8.45 malam dan disambut dengan persembahan ‘Selamat Datang’ oleh kumpulan penari kebudayaan.

ANTARA pengunjung yang hadir dan acara persembahan sempena majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Ki

ANTARA pengunjung yang hadir dan acara persembahan sempena majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 di Dataran Pahlawan, Banda Hilir di Melaka, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE/AZLI AHAD

Majlis dimulakan dengan ucapan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Bulan Kebangsaan 2019, Gobind Singh Deo, diikuti ucapan aluan Ketua Menteri, Adly Zahari sebelum diakhiri dengan ucapan pelancaran oleh Dr. Mahathir.

Selepas ucapan perasmian, Perdana Menteri turut melepaskan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2019 yang akan yang akan menjelajah ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuah sejauh 6,200 kilometer (km).

ANTARA pengunjung yang hadir dan acara persembahan sempena majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Ki

ANTARA pengunjung yang hadir dan acara persembahan sempena majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 di Dataran Pahlawan, Banda Hilir di Melaka, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE/AZLI AHAD

Jarak 6,200 km adalah simbolik Hari Kebangsaan ke-62 dan peserta konvoi akan berhenti di 62 perhentian dengan membawa mesej kenegaraan dalam inisiatif untuk menggalakkan masyarakat mengibarkan Jalur Gemilang. - UTUSAN ONLINE