Program anjuran pertubuhan Melaka In Fact dengan kerjasama Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Think City dan Yayasan Hasanah itu mendapat penyertaan kira-kira 70 peserta dari seluruh negara dan diadakan di sebuah hotel di sini bermula hari ini.

SAIDAH RASTAM
SAIDAH RASTAM 

Menurut Pengarah Melaka In Fact, Saidah Rastam, persidangan itu akan membincangkan fungsi Melaka pada abad ke-15 bukan sahaja daripada sudut kesultanan malah turut melibatkan hal-hal perdagangan, kedudukan sebagai selat terpanjang di rantau, undang-undang dan kerajaan.

“Perbincangan juga akan menjurus kepada kajian kita apa yang membuatkan Melaka mendapat kepercayaan daripada pedagang seluruh dunia suatu ketika dahulu. Selain itu apa yang membuatkan Melaka sebuah pelabuhan yang tiada sumber tersendiri menjadi penting di peringkat antarabangsa.

“Untuk itu persidangan ini akan diadakan bukan melibatkan penduduk atau sejarawan Melaka semata-mata malah turut melibatkan pakar sejarah dari seluruh dunia termasuk rantau Asia dan Timur Tengah dan Barat,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis perasmian persidangan itu yang disempurnakan oleh Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan di sini sebentar tadi. Yang turut hadir, Pengarah Eksekutif Khazanah, Datuk Hisham Hamdan.

SHAHRIL RIDZA RIDZUAN
SHAHRIL RIDZA RIDZUAN 

Sementara itu, Shahril Ridza dalam ucapannya memaklumkan segala hasil kajian yang dibentangkan dalam persidangan ini adalah yang dibuat bukan sahaja oleh penduduk tempatan atau mereka yang mahir dalam sejarah Melaka malah cendikiawan dari seluruh dunia.

“Fakta dan hasil kajian ini digarap dari bawah hingga ke atas iaitu melibatkan penduduk tempatan dan orang luar. Kita gabungkan kedua-dua ini kerana semua hasil kajian itu penting kepada orang ramai,’ kata beliau. - UTUSAN ONLINE