NORIZAN SALLEH
NORIZAN SALLEH 

Demikian luahan seorang pe­niaga Bazar Kraftangan Dataran Pahlawan, Norizan Salleh, 57, ekoran perniagaannya semakin merudum walaupun terletak di tengah-tengah pusat tumpuan pelancong.

Dia bersama suaminya yang menjual produk makanan tempatan telah berniaga di bazar Dataran Pahlawan tersebut se­jak 10 tahun lalu mengakui sumber pendapatannya sema­kin hari semakin terjejas.

“Jika dahulu, paling kurang saya boleh dapat RM100 sehari hasil menjual produk seperti cincalok, belacan, kerepek dan sebagainya tetapi hari ini ke­adaan sangat sukar walaupun pada musim cuti sekolah.

“Orang ramai tidak tahu ada tempat ini (bazar) dalam Dataran Pahlawan sebab lokasinya agak tersorok malah kurang papan tanda. Sebab itu, bukan pelancong luar sahaja, orang Melaka sendiri tak tahu tempat ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

JAMIL SULAIMAN
JAMIL SULAIMAN 

Katanya, sewaktu awal pembukaan bazar ini dahulu keadaannya meriah malah ramai pengunjung datang untuk membeli produk tempatan atau cenderamata namun kini keadaan sudah berbeza.

“Kami harap pihak berke­naan dapat membantu mempromosikan tempat ini yang kebanyakannya disewa peniaga bumiputera dan tidak hanya mempromosikan Jonker Walk sahaja,” katanya.

Sementara itu, bekas Pengerusi Persatuan Peniaga Melayu Dataran Pahlawan, Jamil Sulaiman berkata, masalah mengenai pu­sat perniagaan yang kurang mendapat sambutan itu banyak kali diajukan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), kerajaan negeri malah kerajaan Pusat namun tiada penyelesaiannya.

“Kami akui ada bantuan dari sudut lain contohnya geran perniagaan dan potongan sewa, namun masalah utama iaitu memeriahkan tempat ini dengan pengunjung tidak berjaya diatasi.

“Apa yang penting bagi kami ialah kehadiran pelancong ke­rana mereka mempunyai kuasa

HABSAH ABD. LATIF
HABSAH ABD. LATIF 

membeli dan boleh membantu kami meningkatkan pendapatan,” katanya.

Katanya, kami berharap kerajaan negeri dapat menyediakan satu tempat perniagaan berpusat ba­gi mengumpulkan semua pe­niaga kecil di seluruh bandar Melaka dalam satu tempat.

Seorang lagi peniaga, Habsah Abd. Latif, 39, berkata, ramai peniaga di tempat itu telah gulung tikar kerana tidak mampu membayar sewa disebabkan tiada keuntungan berniaga.

“Dulu lebih 100 peniaga tetapi semakin hari semakin ramai keluar sebab tidak tahan malah terpaksa menanggung kerugian di­sebabkan tiada bantuan promosi oleh kerajaan negeri,” katanya.