Tinjauan di beberapa lokasi di sekitar negeri ini mendapati, ada dalam kalangan penduduk yang sibuk menyediakan ketupat untuk direbus bagi dijadikan juadah pada pagi esok.

Seorang penduduk di Kampung Duyong, Minah Jantan berkata, dia dan suami, Rosli Abdullah, menyediakan 300 biji ketupat untuk dihidangkan kepada ahli keluarga dan sanak saudara yang datang berhari raya di rumahnya esok.

Sebagai persiapan terakhir hari ini, dia merebus ketupat dengan dibantu adiknya, Faridah Jantan bagi memastikan ketupat direbus selama beberapa jam dan enak untuk dimakan.

Sementara itu, di pekan Semabok, orang ramai mendapatkan pelbagai jenis daging dan tulang untuk dimasak sebagai persiapan menjelang Aidilfitri.

Harga daging lembu segar dijual RM34 sekilogram tidak menghalang orang ramai untuk berbelanja dan harga bagi satu kilogram tulang pula adalah RM30. - UTUSAN ONLINE