Pengarah Pendidikan negeri, Abu Bakar Sahari berkata, daripada jumlah itu, 184 murid dikategorikan sebagai berkeperluan khas manakala 63 murid lagi merupakan bukan warga negara.

“Jumlah keseluruhan murid dan pelajar yang didaftarkan untuk sesi persekolahan 2019 di negeri ini adalah sebanyak 145,080 orang.

“Jumlah itu termasuk 79,675 murid sekolah rendah, 63,197 pelajar sekolah menengah serta 2,208 pelajar kolej vokasional,” katanya.

Terdahulu, Abu Bakar mengiringi Ketua Menteri, Adly Zahari mengadakan lawatan sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Datuk Demang Hussin di Bukit Katil sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE