Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, melalui sistem pengurusan tanah secara berkomputer itu, pemilik tanah tidak perlu menunggu lama bagi proses mendapatkan geran tanah.

Menurutnya, Melaka merupakan antara negeri terawal menggunakan sistem baharu berkenaan bagi memudahkan urusan pemilikan tanah dan geran di negeri ini.

“Sejak dua bulan lalu, kita mula menggunakan sistem e-Tanah, di mana pemilik tanah yang memenuhi semua syarat pemilikan tanah boleh terus mendapatkan geran tanah dapat dikeluarkan dalam tempoh sejam.

"Usul mengenai pengenalan sistem ini telah dibawa ke dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sebelum dipersetujui untuk dilaksanakan. Justeru, dalam tempoh dua bulan ini kita sudah dapat lihat hasilnya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah, di sini, sebentar tadi.

Hadir sama Pegawai Daerah Alor Gajah, Rafizi Ranom. - ONLINE UTUSAN